Peguam Musa, Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi Kosmo! berkata, anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang proses tersebut berlangsung.

“Sepatutnya Musa kena memberi kenyataan sebaik tiba di Malaysia pada Selasa lalu namun perkara itu ditangguhkan atas nasihat doktor kerana keada­an Musa ketika itu belum stabil.

“Proses merakam keterangan yang berlangsung hari ini (semalam) dan semalam (kelmarin) berjalan lancar. Polis bertindak secara profesional tetapi tiada layanan istimewa kepada Musa,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.