Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta 304(c) Kanun Keseksaan selain menerima beberapa laporan polis termasuk daripada keluarga mangsa.

“Pihak polis telah memanggil juruterbang pesawat berkenaan dan telah merakamkan percakapannya.

“Syarikat terlibat juga sedang disiasat dan laporan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin,” katanya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang juruteknik MAHB, Ruzaimi Iskandar Ahmad, Razali,39, maut ketika memantau kerja penyelenggaran di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. - K! ONLINE