Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, ribut dan hujan lebat telah mengakibatkan lapan pokok di sekitar kawasan tersebut telah tumbang dan menimpa pusat tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, seramai tiga orang dewasa dan lima kanak-kanak cedera akibat insiden tersebut.

“Lima mangsa termasuk dua kanak-kanak telah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

“Dua lagi termasuk seorang kanak-kanak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang ke Hospital Orang Asli di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor menambah, berdasarkan temubual dengan pemilik pusat tersebut, ia mempunyai lapan buah rumah yang diduduki oleh  46 orang penghuni.

“Pusat tersebut dibiayai oleh Pusat Zakat Selangor.

“Daripada jumlah tersebut, 27 penghuni terdiri daripada orang dewasa manakala 19 orang lagi berusia antara setahun hingga 17 tahun,” ujarnya.

Kesemua mangsa yang terselamat ditempatkan di Dewan Orang Asli Batu 12 di sini bagi penempatan sementara untuk mereka.

Dalam perkembangan sama,  sebuah dua jentera dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengalihkan pokok-pokok yang menimpa kawasan berkenaan dan memastikan keselamatan terkawal. - K! ONLINE