Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku pukul 9.30 pagi semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (BSPTD) Hulu Selangor sedang menjalankan tugasan.

“Kejadian tersebut telah menghalang trafik dari kedua-dua arah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Polis dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Hulu Selangor telah berjaya mengawal keadaan trafik dan membersihkan laluan agar boleh digunakan semula oleh pengguna jalan raya,” ujarnya menurut kenyataan tersebut hari ini. - K! ONLINE