Bekas Dekan Fakulti Sains Universiti Malaya itu berkata, pokok import selalunya tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta tidak sesuai dengan iklim di negara ini.

"Apabila pokok tidak sesuai dengan cuaca tempatan, keadaan ini menyebabkan pokok itu tidak mampu bertahan lama dan lebih mudah diserang jangkitan seperti kulat atau bakteria dan ini antara penyebab pereputan akar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamed berkata, pokok yang mengalami pereputan akar akan menyebabkan ranting atau dahan pokok mudah patah apabila ditiup angin kencang serta cepat mati dan mudah tumbang.

"Sebagai langkah mengelak berlaku pereputan akar, PBT perlu mewujudkan unit rondaan yang mempunyai kepakaran dalam membuat pemeriksaan terhadap pokok-pokok berisiko tinggi bagi mengelak kejadian pokok tumbang berulang," katanya. - Bernama