Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, tiga lokasi yang telah dikenal pasti setakat ini adalah di Negeri Sembilan dan Selangor.

Jelas beliau, buat permulaan sebanyak 2,000 unit rumah akan dibina di sini, Pedas dan Telok Datok, Banting, Selangor. 

"Projek perintis rumah mampu milik PNB di Bagan Pinang membabitkan pembinaan sebanyak 140 unit rumah teres. 

"Rumah mampu milik PNB yang dijangka siap kurang dua tahun di Bagan Pinang ini berkonsepkan kediaman bertanah dengan anggaran keluasan 900 hingga 1,000 kaki persegi. 

"Ia dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem bangunan berindustri (IBS). Harga ditawarkan bermula RM180,000 hingga RM200,000," katanya pada majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik Sulung PNB di Bagan Pinang di sini hari ini. - K! ONLINE