Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek PPA1MM itu dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 15 hektar yang melibatkan tiga fasa.

Menurutnya, fasa pertama projek perumahan itu melibatkan sebanyak 183 unit rumah teres dua tingkat.

Kata, pembinaan fasa kedua meliputi empat rumah pangsa 10 tingkat yang mengandungi 504 unit rumah.

"Selain itu, buah bangunan komuniti dua tingkat yang mengandungi sembilan unit kedai, kafetaria, tadika dan surau juga dibina untuk kemudahan penghuni PPA1M itu.

"Sebuah dewan serba guna dan perpustakaan turut  dibina" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Pembinaan Rumah PPA1M Bukit Pinang di Kampung Padang Tembak, Bukit Pinang pagi ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Perdana Menteri memberitahu, fasa ketiga pula mempunyai 172 unit rumah teres dua tingkat.

"Harga jualan rumah pangsa PPA1M itu mampu milik, malah kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM38,000.

"Harga rumah pangsa PPA1M itu ditawarkan daripada RM 173,560 hingga RM 181,560 seunit.

"Rumah teres dua tingkat pula dijual pada harga RM 296,000 hingga RM355,360 seunit," katanya.  K! ONLINE