"Tahniah Presiden Vladimir Putin atas kemenangan dalam pilihan raya presiden. Malaysia menaruh harapan ke atah menjalin hubungan yang lebih baik dan lebih strategik dengan Rusia," kata beliau menerusi catatan dalam Facebook. 

Putin, 65, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya presiden pada Ahad, untuk melanjutkan  tempoh pemerintahannya  selama enam tahun lagi sehingga 2024.

Malaysia dan Persekutuan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-51 terjalinannya hubungan diplomatik pada 3 April. - Bernama