"Kepada para pelajar yang terima keputusan cemerlang STPM hari ini, tahniah dan syabas saya ucapkan!," kata Najib melalui akaun Twitternya merujuk kepada keputusan peperiksaan itu yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd. Fauzi Mohd. Kassim, calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Keputusan tersebut turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia 'http://www.mpm.edu.my.

Seramai 43,042 calon menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 pusat di seluruh negara. - Bernama