Dalam catatan terbarunya di Facebook, Lee berkata, beliau telah menelefon Dr. Mahathir pagi ini untuk mengucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Beliau sibuk mengadakan perjumpaan untuk pelantikan Kabinetnya! Saya mengucapkan yang terbaik kepada beliau dan kerajaannya dan berhadap dapat berjumpa beliau secara peribadi dalam masa terdekat sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura," kata Lee dan mengakhiri catatannya dengan singkatan LHL.

Catatan beliau dilampirkan dengan  gambar beliau bersama Dr. Mahathir pada Rumah Terbuka Hari Raya di Johor Bahru pada Disember 2001, kira-kira 17 tahun lalu.

Pakatan Harapan yang diketuai Dr. Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lepas. - Bernama