Projek hospital separa pakar itu akan dibangunkan di atas tapak seluas 16.9 hektar bermula 7 Mei depan dan dijangka siap pada 1 November 2021.

Pada peringkat permulaan, hospital empat tingkat berkonsepkan dalam taman itu akan beroperasi dengan 126 katil dan boleh ditambah hingga 250 katil.

Sebanyak 10 bidang kepakaran ditawarkan hospital tersebut antaranya kecemasan dan trauma, obstetrik dan ginekologi, patologi, radiologi dan psikiatri. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md. Taha. - K! ONLINE