Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang terlibat jenayah, namun memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membawa mereka ke mahkamah.

"Ada yang berpendapat kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan lama yang terlibat jenayah, saya nak jelaskan apabila kita cuba buat ikut undang-undang maka ia memerlukan bukti kukuh sebelum dihadapkan ke mahkamah.

"Ini yang melambatkan dan ramai yang terlibat dengan rasuah, terdiri daripada pemimpin kerajaan lepas nampaknya seperti tidak ada tindakan sama sekali diambil ke atas mereka," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan tertinggi parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP. - Bernama