Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak terlibat dalam sebarang kemalangan di Parlimen.

Jelasnya, gambar tersebut juga tidak menggambarkan suasana di Parlimen dan berkemungkinan ia merupakan gambar di luar negara.

Terdahulu, tular menerusi kiriman WhatsApp yang mengatakan gambar kereta yang membawa Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah terbabas semasa keluar dari sidang Parlimen.

Kiriman itu turut mengatakan bahawa Perdana Menteri mengalami cedera ringan manakala isterinya kesakitan ekoran kemalangan itu.

Selain itu, penulis kiriman WhatsApp itu mengatakan bahawa berita itu akan disiarkan di sebuah televisyen tempatan pada pukul 8 malam. - K! ONLINE