Ketibaan mereka pada pukul 10 pagi disambut para tetamu termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kepemimpinan kanan parti itu.

Najib dan Rosmah menggaul salad ikan mentah atau yee sang iaitu hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina pada majlis tersebut.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. - K! ONLINE