Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, rebat itu diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go yang didaftarkan menerusi portal PLUSMiles.

Beliau berkata, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa pada empat tarikh berkenaan sebelum rebat tol 20 peratus dimasukkan ke dalam kad tambah nilai masing-masing apabila mereka menambah nilai kad di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

Pendaftaran kad PLUSMiles atau Touch 'n Go boleh dilakukan di laman plusmiles.com.my bagi melayakkan mereka menikmati rebat tol yang ditawarkan.

"Bagaimanapun, rebat itu tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini. - K! ONLINE