Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, menggesa agar penyebaran video yang sedang tular dan diperkatakan oleh umum dihentikan serta-merta.

“Gaya dan cara berpolitik seperti ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara.

“PKR sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan akan terus fokus membantu Kerajaan Persekutuan merangka dasar-dasar dan program untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin mengeluarkan kenyataan itu selepas tular video seorang lelaki mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan individu mirip seorang menteri.

Lelaki yang dikenali sebagai Haziq Aziz menerusi video kurang seminit itu mendakwa dia individu dalam video itu bersama seorang lelaki mirip seorang menteri di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Kejadian itu turut didakwa berlaku di pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan baru-baru ini. - K! ONLINE