Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew berkata, enam kerusi Parlimen tersebut terdiri dari Beaufort ([email protected] OT Ghani), Ranau (Jonathan Yasin), Tuaran (Chrisnadia Sinam), Putatan (Awang Husaini Sahari), Tawau (Liew Chin Jin) dan Pensiangan (Raymond Ahuar).

Sementara itu, bagi kerusi DUN pula parti berkenaan akan bertanding untuk kerusi Inanam, Api-Api, Tempasuk, Kadamaian, Moyog, Karanaan, Matunggong, Tamparuli dan Kuala Penyu.

"Bagaimanapun, bagi nama calon kerusi DUN Moyog kami akan umumkan pada hari Jumaat ini atas sebab-sebab tertentu.

"Sementara itu, penyandang DUN Inanam, Roland Chia membuat keputusan untuk tidak bertanding dan kerusi tersebut diisi dengan calon Kenny Chua Teck Ho," katanya pada Hari Penamamaan Calon PKR Sabah di Pejabat PKR di sini hari ini.

Liew yang mempertahankan kerusi DUN Api-Api dan akan bertanding kerusi Parlimen Tawau memberitahu, terdapat lapan calon baharu termasuk tiga kerusi Parlimen dipertaruhkan pada pilihan raya umum kali ini.

Selain itu, parti berkenaan turut menampilkan dua calon muda iaitu Chrisnadia Sinam, 35, bagi Parlimen Tuaran dan Raymond Ahuar, 33, (Parlimen Pensiangan) termasuklah empat calon wanita. - K! ONLINE 

 

Senarai calon kerusi Parlimen PKR Sabah

Parlimen

  • P.170 Tuaran- Chrisnadia Sinam
  • P.173 Putatan- Awang Husaini Sahari
  • P.177 Beaufort- Johan @Christopher OT Ghani
  • P.179 Ranau - Jonathan Yasin
  • P.182 Pensiangan - Raymond Ahuar
  • P.190 Tawau- Liew Chin Jin
  •  

DUN

  • N.04 Matunggong - Sazalye Donol Abdullah
  • N.06 Tempasuk - Mustapha Sakmud @Mohd. Yunus Sakmud
  • N. 07 Kadamaian - Lukia Indan
  • N.09 Tamparuli - Dausil Kundayong
  • N.13 Inanam - Kenny Chua Teck Ho
  • N.15 Api-Api - Liew Chin Jin
  • N.20 Moyog -  belum diumumkan
  • N.26 Kuala Penyu - Dikin Musah
  • N.30- Karanaan Chong Peck Hing @Chong Poh Sing