PKNP FC
                       PKNP FC

Pengerusi PKNP, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, pengesahan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima tawaran rasmi daripada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada Isnin lalu. 

“PKNP merakamkan penghargaan kepada FMLLP dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang kepada skuad tersebut bermain dalam saingan Liga Super. 

“Selepas membuat pertimbangan, PKNP FC mengumumkan menerima tawaran bagi bersaing dalam Liga Super,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - K! ONLINE