Namun, jangan risau kerana penggemar piza keju masih boleh menikmati sensasi terbaharu ini apabila ia akan kembali di pasaran sekali lagi bermula Isnin ini (18 Disember).

Piza Cheese Tarik Crust adalah menu terbaharu dari Domino's Pizza yang mengetengahkan rasa keju cheddar di dalam kerak dan ditabur dengan parmesan serta dibakar dengan sempurna. 

Cairan keju yang keluar dari kerak rangup ini memberikan tekstur yang lembut dan boleh ditarik-tarik, sekali gus menambah lagi keuhikan dan keistimewaan yang sedia ada pada piza Domino's.

"Kami gembira dapat memperkenalkan Cheese Tarik Crust baharu ini. Elemen-elemen kesenian dan kasih sayang telah dicurahkan ke dalam penciptaan kerak piza terkini kami seiring dengan inspirasi daripada teknik pembuatan keju.

"Kerak ini dihasilkan khusus bagi para peminat keju. Kami sangat gembira dengan penciptaan faktor 'tarik' ini dan kami percaya ia akan memberi pengalaman piza yang unik buat pelanggan-pelanggan kami," kata Pengurus Besar Kanan , Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree.

Cheese Tarik Crust boleh didapati dalam saiz sederhana dan besar dan boleh dinikmati dengan semua perisa piza.

Selain daripada merasai kenikmatan piza baharu ini, penggemar-penggemar piza di Malaysia ini juga berpeluang memenangi tawaran bekalan piza selama setahun dari Domino’s dalam Cabaran Cheese Tarik Domino’s.

Cabaran yang menyeronokkan dan mudah ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda 'menarik' keju Cheese Tarik Crust ini.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memuat naik foto atau video anda 'menarik' keju piza Cheese Tarik Crust dengan cara paling kreatif dan unik. 

Cabaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan akan bermula Isnin ini sehingga 24 Disember 2017.

Ingat, sambil menikmati piza Cheese Tarik Crust nanti, jangan lupa ambil foto atau video keju yang ‘ditarik’ dengan cara paling kreatif, kemudian tag @DominosMY; #CheeseTarikChallenge dan muat naik di laman sosial Facebook, Instagram atau Twitter anda.

Pemenang mingguan akan dimaklumkan menerusi laman web Domino's Pizza. - K! ONLINE