Kebakaran pada pukul 12.20 tengah hari itu dipercayai di­sebabkan oleh litar pintas dan dapat dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

Ia mengakibatkan stor bangunan IPFN yang pernah me­nempatkan mayat pe­mimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam selama 44 hari pada tahun lalu hangus.

Sebaik menyedari kejadian tersebut, petugas HKL segera mematikan bekalan elektrik di bangunan itu manakala kira-kira 100 pesakit, pelawat dan kakitangan yang ketika itu berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma berlari menyelamatkan diri ke kawasan tempat letak kereta berdekatan.

Jabatan itu terletak berse­belahan dengan IPFN. Kebakaran tersebut melibatkan stor simpanan barangan bagi tujuan bedah siasat forensik antaranya sarung tangan, kapas dan bara­ngan berasaskan plastik.

Kesemua 19 mayat tersebut dipindahkan ke kawasan selamat selepas peti sejuk untuk menyimpan mayat di bangunan IPFN itu tidak berfungsi ekoran ketiadaan elektrik.

HKL mempunyai 7,000 petugas dan menerima 3,000 pesakit sehari atau lebih sejuta setahun. IPFN pula ditubuhkan pada 2008.

Seorang pekerja am HKL yang ingin dikenali sebagai Mariam, 36, berkata, dia mula mengesyaki sesuatu apabila terhidu bau wayar terbakar ketika melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Ketika hendak makan, saya dan rakan-rakan hairan apabila terhidu bau wayar terbakar. Tidak lama kemudian, saya dengar siren kecemasan berbunyi dan semua orang berlari ke kawasan meletak kenderaan di depan jabatan itu,” ceritanya kepada Kosmo! Ahad.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.