Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menerajui kerajaan negeri akan berusaha merealisasikan tuntutan hak itu apabila Sabah kembali diiktiraf sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.

"Bagi Sabah, MA63 itu perlu ada perubahan dan diselaras dengan keperluan pembangunan di negeri ini," katanya pada Majlis Ketua Menteri Sabah bersama Masyarakat Tempasuk, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Katanya, Warisan sedar akan kemahuan rakyat yang mahu nasib mereka dibela selain menikmati pembangunan yang selayaknya. - Bernama