Beliau juga menzahirkan rasa terkejut apabila akta sedia ada tidak membenarkan PBT  untuk membuat pemeriksaan di premis dan bangunan.

"Dengan pindaan akta ini, PBT boleh membuat pemeriksaan di semua harta, termasuk harta milik persendirian. 

"Pindaan akta ini akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini untuk dibahaskan dan dijangka akan berkuat kuasa pada tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-72 (MNKT Ke-72) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. - Bernama