Trend tersebut mula dikesan di bandar-bandar besar di Lembah Klang apabila banyak serbuan dan pemeriksaan polis terutama di pusat-pusat hiburan menemui dadah NPS disalahgunakan oleh para penagih.

NPS menjadi tarikan baharu bukan sahaja kerana harganya yang lebih murah berbanding dadah-dadah sintetik sedia ada tetapi yang lebih penting mereka yang mengambil dadah itu boleh melepasi ujian air ken­cing.

Atas faktor harga dan pengambilannya gagal dikesan, dijangkakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, dadah NPS bakal menguasai penagih dan pengedar di Malaysia.

Satu sumber memberitahu, NPS yang merupakan dadah sintetik inovasi baharu ciptaan manusia adalah bagi meme­nuhi permintaan dalam kalangan penagih dadah di seluruh dunia yang dilanda bencana ketagihan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.