Katanya, beliau akan memastikan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Exco terdahulu dapat dijalankan secara baik selain memastikan terdapat penambahbaikan dalam portfolio sedia ada.

“Seperti yang kita tahu negeri ini merupakan sebuah negeri yang pesat membangun. Justeru, individu yang memegang portfolio  (pengangkutan dan infrastruktur) ini memang memikul tanggungjawab besar.

“Saya juga akan bekerjasama dengan exco terdahulu bagi menambah baik portfolio sedia ada dan melihat kekurangan yang dapat ditambah baik,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Menteri Besar Johor, dekat Kota Tinggi di sini hari ini.

Mohd. Solihan berkata, satu pertemuan bersama dengan agensi kerajaan akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengetahui maklumat terbaharu mengenai gerak kerja portfolionya.

“Saya akan mengadakan dengan pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan perancangan yang telah dirangka berjalan dengan lancar,” katanya. - K! ONLINE