Pengasas dan Pengetua pusat pendidikan yang mesra dikenali Ustaz Kazim itu berkata, setakat ini, terdapat beberapa pihak telah datang berjumpa dengannya dan menyatakan persetujuan untuk mengambil alih pengurusan Unit Tahfiz agar kelangsu­ngannya dapat diteruskan.

“Setakat ini, proses perbincangan dengan beberapa pihak masih diteruskan dan Unit Tahfiz tersebut tidak akan ditutup serta tidak akan dijual. Sebaliknya, ia akan diteruskan dengan kemungkinan diambil alih oleh pengurusan baharu. Keputusannya dijangka diketahui 5 Ogos depan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.