Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, gesaan itu dibuat ekoran masih terdapat beberapa persoalan berhubung insiden melibatkan bumbung stadium bernilai hampir RM300 juta itu.

"Sejak kes tersebut disiasat (pihak berkuasa), punca masalah runtuhan itu tidak pernah diumumkan termasuk tiada pendakwaan utama dibuat sehingga hari ini.
 
“Oleh itu, hari ini saya datang ke SPRM bagi membuat laporan untuk meminta SPRM membuka semula kes runtuhan bumbung stadium berkenaan. 

“Kita bimbang jika tiada tindakan, dibimbangi kes seumpama ini akan berulang lagi dengan akibat yang lebih dahsyat,” katanya pada pemberita di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. 

Pada masa sama, Raja Kamarul Bahrin turut membuat dua lagi laporan kepada SPRM untuk meminta agensi penguat kuasa itu menyiasat dua lagi projek mega di Terengganu yang didakwa sebagai bermasalah iaitu Taman Ilmu di Tembila, Besut dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir. 

"Ketiga-tiga projek yang dilaksana kira-kira 10 tahun lalu itu telah melibatkan kos perbelanjaan hampir RM1 bilion.

"Namun sehingga hari ini, ia masih belum dapat digunakan oleh rakyat di Terengganu," katanya yang juga Pengerusi Parti Amanah Terengganu. - K! ONLINE