Pengerusi PH Terengganu, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pada hari hukuman sebatan itu dijalankan, satu risalah palsu telah diletakkan di kereta milik orang awam yang terletak di luar perkarangan mahkamah.

"Risalah itu mengandungi kenyataan kononnya dari Urusetia Pakatan Harapan yang menegaskan hukuman itu sebagai satu bentuk penindasan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedangkan pendirian kita jelas untuk menghormati dan mematuhi apa sahaja undang-undang yang telah diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Pasangan lesbian yang dikenakan hukuman sebat baru-baru ini.
Pasangan lesbian yang dikenakan hukuman sebat baru-baru ini.

 

"Adalah amat jelas bahawa fitnah itu hanya bertujuan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat terhadap PH. Malah ia adalah satu perancangan yang sangat rapi dan tersusun untuk memfitnah PH Terengganu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Raja Bahrin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat Setiausaha Amanah Terengganu, Zulkifli Ali di Ibu Pejabat Polis Dungun pada 5 Sept supaya polis menyiasat mengenai penyebaran risalah palsu tersebut. - Bernama