“Insya-Allah,” katanya ringkas ketika ditanya wartawan mengenai peluang calon PH, Halimey Abu Bakar untuk memenangi PRK tersebut biarpun berhadapan tentangan calon Pas yang turut mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pera­ngi Anasir Dadah dan pameran sempena hari terbuka Universiti Selangor (Unisel) 2018 di Desa Mentari di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Wan Azizah turut menggesa supaya pengundi di kawasan tersebut tidak lupa menunaikan tanggungjawab keluar mengundi pada Sabtu ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.