Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, dalam tempoh setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, banyak perkara telah diperbaiki khususnya dalam tadbir urus kerajaan.

Menurutnya, kerjasama kuat antara warga media merupaka saty tindakan tepat kerajaan mengukuhkan lagi sokongan daripada rakyat di negara ini. 

"Tanpa bantuan dan sokongan media, agak mustahil yang tepat berkenaan hala tuju dan dasar-dasar yang telah dilaksanaka oleh kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Justeru, saya berharap agar kerjasama yang terjalin di antara pihak Kementerian dan warga media sentiasa diutamakan dan diperkukuhkan dan dipelihara sebaiknya," katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Media bersama Menteri KPLB di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarang Sinar, Datuk Baharum Mahusin, Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zulkefli Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Mokhtar Hussain.

Mengulas lanjut, Rina yang juga merangkap ahli Parlimen Titiwangsa berkata, penganjuran majlis berbuka puasa ini merupakan satu inisiatif mengiktiraf kerjasama dan sumbangan pihak media dalam membantu menyebar luas liputan mengenai KPLB.

"Majlis ini sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang telah memberi sokongan padu terutamannya terhadap isu-isu berkaitan terutama berkaitan program yang dilaksanakan KPLB dalam memacu kemajuan masyarakAt luar bandar," katanya. - K! ONLINE