Baginda bertitah, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dikomersialkan seperti penternakan lebah madu, pembuatan tikar kercut, industri kecil pembuatan makanan, penternakan tiram, keram dan ketam selain sebagai tapak pembenihan akuakultur. 

“Pelancaran Boardwalk Setiu merupakan mukadimah dalam memperkenalkan khazanah alam ini bukan sahaja kepada pelancong luar malah ia perlu membuka minda masyarakat setempat mengenai betapa pentingnya memulihara kelestarian dan mengekalkan biodiversiti kehidupan yang merupakan habitat semula jadi flora dan fauna. 

“Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pelancongan, beta berharap Terengganu lebih terkenal bukan sahaja sebagai destinasi pantai, pulau, seni budaya dan warisan malahan sebagai destinasi eko-pelancongan terunggul di rantau ini,” titah baginda ketika merasmikan laluan pejalan kaki, Boardwalk Setiu di Kampung Pengkalan Gelap di sini hari ini. 

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. - K! ONLINE