Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Rokiah Sulaiman berkata, menerusi laporan yang disiarkan oleh pihak media secara tidak langsung ia membantu Petronas menyalurkan maklumat dan gerak kerja diperingkat nasional dan negeri.

"Petronas amat menghargai peranan media dalam membentuk persepsi orang awam terhadap gerak kerja dan inisiatif kami di dalam negara ini," katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada Program Petronas-Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Team Challenge di Outward Bound School (OBS) di Kinarut hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Outward Bound Trust Sabah, Datuk Seri Tengku Dr. Zainal Adlin Tengku Mahamood; Presiden SJA, V. Muguthan dan Ketua Perhubungan Media Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Jackson Sawatan.

Acara yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 3 petang itu, membabitkan seramai 40 pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini. - K! ONLINE