Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah turut menjelaskan, perkara tersebut tidak terkandung da­lam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

“Kerajaaan setakat ini tidak merancang untuk menurunkan harga petrol sehingga ke paras RM1.50 seliter kecuali pada ketika harga mi­nyak mentah dunia turun sedemikian rupa.

“Saya mencari di mana yang kita janji harga petrol RM1.50 kerana dalam buku manifesto PH tidak ada. Saya tidak tahulah kalau ada sesiapa dalam ke­ghairahan berkempen pada PRU-14 menjanjikan petrol RM1.50 seliter,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.