Beliau bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, diminta tampil ke pejabat suruhanjaya terbabit dalam tempoh 48 jam bagi membantu siasatan urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di daerah Tongod bernilai kira-kira RM155 juta.

Peguamnya, Martin Tommy berkata, Peter tidak dapat hadir ke pejabat SPRM hari ini kerana dikatakan sedang berehat bersama keluarga di daerah Tenom atas beberapa masalah kesihatan yang memerlukannya menjalani rawatan khusus.

“Difahamkan, kini dia (Peter) berehat di rumah keluarganya dan menjalani rawatan kesihatan.

“Sehubungan itu, saya akan menemaninya ke pejabat SPRM pada pukul 2.30 petang esok bagi memberikan kerjasama berhubung siasatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Warisan di sini hari ini. - K! ONLINE