Seorang penduduk, Atmanto Jajuli, 42, teruja apabila berjaya mengutip sebanyak satu kilogram siput kemudi yang jarang ditemui di kawasan pantai itu.

Katanya, dia secara kebetulan ke Pantai Redang untuk minum petang di gerai berhampiran.

“Ketika itu air laut surut. Saya nampak beberapa orang sedang mengutip sesuatu di tepi pantai menyebabkan saya tertarik untuk melihat dengan le­bih dekat.

“Saya sangat teruja bila saya dapati ada siput kemudi bersaiz sebesar tapak tangan di situ. Selain itu terdapat juga kerang bulu dan kupang tilam terdampar dengan jumlah yang banyak,” katanya di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.