Pesta itu dianjurkan Kelab Kucing Malaysia (KKM) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Presiden KKM, Khalid Rashid berkata, pada pesta itu akan diadakan Pertandingan Kucing Antarabangsa dan pertandingan haiwan lain seperti arnab, tikus Belanda, burung dan ikan laga.

"Pesta ini adalah bersempena Pesta Taman Tasik Seremban 2017. Dalam masa yang sama, kita juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu Rumah Kucing Jalanan dan Rumah Anak Yatim," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata selain kucing tempatan, kucing lain yang menyertai pertandingan itu ialah jenis Persian, eksotik, Sacredbirman, Turkish Van, Ragdoll, Himalayan, British Shorthair, Bengal, Kurilean Bobtail, Korat, Ocicat, British Longhair, Oriental, Devon Rex, Cornish Rex, Siamese, Sphnyx, Japanese Bobtail, Russian Blue, Abysinian, Somali dan Balinese.

"Empat kategori dipertandingkan iaitu kategori kejuaraan, primer, anak kucing dan isi rumah," katanya. - Bernama