Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor Selangor, Datuk Abdul Ghariff Ramin, pesta durian tersebut adalah sebahagian daripada program Karnival Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

"Pada program tersebut, kita juga akan mengadakan promosi buah durian baharu iaitu durian Kampung Special, Putu King yang berasal dari Pahang. Penduduk Sungai Kandis di alu-alukan hadir pada hari tersebut.

"Dengan kualiti seperti Musang King yang boleh mencecah RM30 sekilogram, durian Putu King mempunyai harga separuh dari Musang King iaitu RM15 sekilogram, "katanya ketika ditemui di gerai Fama di Plaza Shah Alam di sini.

Turut hadir sama ialah Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Mokhtar.

Abdul Ghariff berkata, selain Putu King pihaknya turut memasarkan buah durian Tekka, D2, D24, D13, 101 selain buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, cempedak, pulasan dan nanas. - K! ONLINE