Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Rahmat Md. Noh berkata, perubahan lokasi itu kerana faktor iklim cuaca yang tidak menentu mutakhir ini.

"Sebagai persediaan jangka masa panjang, lokasi program diubah ke Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di sini berbanding tempat asal.

"Namun, acara-acara utama tetap diteruskan seperti lumba kerbau besi (traktor pembajak sawah jenis kubota), futsal bendang, teka jumlah padi dan tarik tali dalam bendang.

"Selain itu, tarikan terbaharu kepada pengunjung ialah program Jualan Sentuhan Rakyat dan pameran aset ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti kereta kebal, meriam dan senjata," katanya ketika dihubungi hari ini.

PAT Perlis 2018 merupakan program berskala besar anjuran kerajaan negeri Perlis dan JKKN Perlis yang berjaya menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa mengunjungi negeri itu. - K! ONLINE