Selain itu, peserta juga diminta mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA 2012) bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini bersikap terbuka untuk rakyat menyuarakan pendapat, namun peserta harus menjaga batas.

“Permohonan bagi perhimpunan itu sudah diluluskan dan kita harap peserta yang terlibat perlu bertanggungjawab dalam menjaga keamanan termasuk mematuhi peraturan ditetapkan.

“Tutur kata amat penting pada perhimpunan berkenaan supaya tidak membangkitkan kemarahan atau menimbulkan keadaan lebih tegang memandangkan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya masih belum reda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulan KDN  bersama warga polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihak polis sudah membuat persiapan yang rapi bagi mengawal perhimpunan tersebut.

“Jumlah pasukan polis yang akan mengawal dan memantau perhimpunan itu mencukupi dan saya rasa tidak perlu kita beritahu jumlah sebenarnya,” ujarnya. - K! ONLINE