Kejadian kira-kira pukul 12.51 tengah hari itu menyebabkan Datuk Anuar Hassan, 48, isterinya, Siti Norlaila Abu Bakar, 46, pembantu peribadinya, Muhammad Abdul A'lim Salleh, 28, serta juruterbang, Wan Mohd. Faizul Rizal, 35, mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, pesawat jenis Cirrus 9M-ZWR itu berlepas dari Lapangan Terbang Senai, Johor sebelum mendarat di tempat kejadian.

"Semasa mendarat di Lapangan Terbang Tekek, terdapat angin lintang dengan kelajuan 10 knot sehingga menyebabkan pesawat ringan itu hilang kawalan dan tergelincir dari atas landasan.

"Semua mangsa terselamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat terhantuk ketika kejadian," katanya kepada pemberita.

Azli menambah, ahli perniagaan itu menaiki pesawat tersebut ke Tioman untuk urusan perniagaan.

Mengulas mengenai juruterbang, Azly memberitahu, Wan Mohd. Faizul bertugas menerbangkan pesawat itu sejak lapan bulan lalu dan mempunyai lesen. - K! ONLINE