Mereka bimbang sekiranya daerah itu kembali dilanda banjir besar seperti yang pernah berlaku pada 2007 dan 2014.

Bagi petani di Paya Sepayang, Rompin, Azman Mohammad, 55, banjir yang berlaku pada tahun itu menimbulkan kenangan yang buruk kepada pesawah apabila hasil tanaman musnah semua sekali sehingga memaksa mereka menanggung kerugian berjumlah beribu-ribu ringgit.

“Memang setiap kali musim tengkujuh dan hujan lebat, kami golongan petani serta pesawah tidak dapat tidur lena lebih-lebih lagi penempatan kami terletak berhampiran dengan kawasan sungai.

“Namun, kami perlu menghadapinya dan ramai yang terpaksa ‘mencatu’ kewangan sejak awal lagi sebagai persediaan jika berlaku sebarang musibah bagi menampung keperluan keluarga.

“Ia termasuk menyediakan perbelanjaan bagi persekolahan anak-anak pada awal tahun nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.