Hospital tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima aduan tentang kejadian tersebut sebelum mengambil tindakan memecat perunding berkenaan.

“Dia telah digantung perkhidmatan bermula 6 Julai lalu untuk siasatan dalaman sebelum memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya di hospital ini pada 15 Julai lalu.

“Laporan juga telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) untuk tindakan selanjutnya. Pihak hospital sentiasa memandang serius terhadap aduan yang diterima dan mengambil langkah segera untuk melindungi keselamatan pesakit serta kakitangan hospital,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan menerima laporan tentang kejadian tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di laman media sosial Facebook paparan tangkap layar mesej WhatsApp berbaur lucah yang dihantar oleh perunding itu kepada pesakit berkenaan. - K! ONLINE