“Kami akan mempertimbangkannya,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas melawat pameran seni bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini semalam.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan di Parlimen pada pada minggu depan.

Mengenai pertikaian antara kerajaan terdahulu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Mahathir berkata: “Jadi kalau ia (RM18 bilion) tidak hilang, tunjukkan kepada kami di mana wang itu berada.”

Ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan wang itu untuk melunaskan sebarang pembayaran sejak memegang kuasa pada 10 Mei, Perdana Menteri berkata: “Kami kekurangan wang. Itu adalah hakikat.”

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.