Ketua Marshall SORR 2018, Mohamad Yasir Foo Mohamad Foo, 34, berkata, seramai 35 orang sukarelawan telah bekerja keras sejak Selasa lalu bagi memastikan perjalanan SORR 2018 edisi keenam mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Syukur setakat ini persediaan kita mengikut perancangan dengan menyediakan laluan yang bakal dilalui para peserta sejauh 15 kilometer.

“Kita turut dibantu oleh anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia, kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dari segi logistik.

“Pada hari ini (semalam) mereka telah melakukan kerja-kerja pemasangan khemah dan pentas bagi pendaftaran serta kemudahan rawatan kepada peserta,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Hutan Simpan Ga­ding, Kerling, Hulu Selangor semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.