Presidennya, Aknan Ehtook berkata, masyarakat Siam yang majoritinya beragama Buddha tidak bersetuju dengan penggunaan terma tersebut kerana sami dan agama Buddha adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Beliau yang juga seorang Senator di Dewan Negara menegaskan, beliau berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengambil tindakan segera bagi menghentikan penyebaran poster berkenaan serta memastikan perkara sedemikian tidak berulang kembali.

“Saya yakin Datuk Seri sendiri tidak akan bersetuju jika penganut agama lain melakukan perkara yang serupa.

“Saya amat berharap tindakan segera diambil, bukan sahaja demi keharmonian dan perpaduan rakyat, malah yang lebih utama untuk menjaga nama baik agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini,” katanya. - K! ONLINE