Pengerusinya, Busu Ibrahim berkata, perkara itu menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan amat dikesalkan jika pemilik premis gagal berbuat demikian.

"Perkara seperti ini sebenarnya tidak perlu dipaksa dan ia satu kebiasaan setiap kali kita menyambut merdeka, namun mungkin ada pihak yang tidak sedar mereka belum mengibarkan bendera.

"Jadi diharapkan pihak MPK dapat membuat hebahan secara lebih meluas agar dapat difahami betapa pentingnya mereka mengibar Jalur Gemilang di premis masing-masing terutama dalam bulan kemerdekaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan berbeza di kawasan kampung kerana banyak kediaman memasang bendera malah ada penduduk yang bergotong-royong membuat pintu gerbang di kampung masing-masing bagi memeriahkan sambutan hari Kebangsaan. - Bernama