Pengerusi Kehormatnya, Datuk Mokhtar Samad berkata, pihaknya optimis kerajaan Pakatan Harapan akan berlaku adil kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Seramai 42,000 kontraktor Bumiputera menantikan keputusan terbaik dari kerajaan berkaitan kuota demi kepentingan semua pihak yang terlibat.

“Pihak persatuan optimis tentang nasib dan masa depan kontraktor Bumiputera untuk dibela dan tidak diabaikan oleh kerajaan meskipun masih belum memutuskan kuota tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia memohon kerajaan Pakatan Harapan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20 peratus kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek ECRL.

Mengikut perjanjian tambahan baharu dimeterai pada 12 April, Mahathir berkata, China Communications Construction Co Ltd. bersetuju bagi memastikan 40 peratus daripada kerja awam tersebut diberikan kepada kontraktor tempatan. - K! ONLINE