Presidennya, Afzaruddin Burhanuddin berkata, ini berikutan e-sukan dianggap sukan baharu pada masa depan dalam mengetengahkan kecekapan dan keberkesanan pemain di alam maya.

Katanya, ini termasuk dalam permainan video Dota, Mobile Legengd, PUBG, War Craft yang dipertandingkan di pentas antarabangsa dengan menawarkan hadiah lumayan.

"Pencarian bakat itu adalah bersesuaian dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam mengubah tanggapan negatif terhadap e-sukan dan gaming khususnya kerana ia adalah sebahagian daripada evolusi sukan.

"Tambahan, e-sukan ini memiliki industrinya yang tersendiri melibatkan pencipta perisian, pemain profesional, pengulas dan pengusaha pusat permainan sukan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Selangor E-Sport Experience di Pantheon One City di  USJ 25 di sini malam tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang turut merasmikan Persatuan E-Sport Selangor.

Dalam majlis tersebut, Amirudin turut menyaksikan penyampaian cek tajaan bernilai RM1 juta kepada pasukan e-sukan, Lagenda daripada Syarikat Les Copaque Production Sdn. Bhd.

Tajaan tersebut bagi memudahkan Lagenda yang merupakan pasukan e-sukan dari Selangor itu menyertai mana-mana kejohanan di peringkat nasional dan antarabangsa tahun hadapan.

Sehubungan itu, Afzaruddin menegaskan agar generasi belia terutama di Selangor merebut peluang ini dengan menjadikan e-sukan sebagai karier pemain profesional yang mampu menjamin masa depan.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web www. esportsselangor.com atau laman social Instagram di @esportselangor, Twitter (@esportselangor) dan Facebook (esportselangor) untuk mengetahui maklumat lanjut. - K! ONLINE