Setiausaha BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bakal menentang Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman; Robert Sopining (PCS) dan Jeffry Kumin (SAPP).

Terdahulu, Abdul Rahman yang tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada pukul 9.15 pagi tersebut diiringi Pemangku Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Datuk Yakub Khan yang bertindak sebagai pencadang bersama.lebih 5,000 penyokong.

Parlimen Sepanggar mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Inanam dan Karambunai.

Bagi kerusi DUN Karambunai menyaksikan pertembungan lima penjuru yang mana penyandang kerusi itu, Datuk Jainab Ahmad Ayid bakal menentang empat calon lain iaitu Azhar Matussin (Warisan), Ahsim @ Oyok Jamat (SAPP) dan Aspar Oyer @ Akbar (Pas).

Sementara itu, calon BN Datuk Johny Goh pula diberi tanggungjawab merampas kerusi DUN Inanam dan akan bersaing dengan lima calon lain. - K! ONLINE

 

Senarai calon kerusi Parlimen Sepanggar

  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN) -Datuk Azis Jamman (Warisan)
  2. Robert Sopining (PCS)
  3. Jeffry Kumin (SAPP)

Senarai calon kerusi DUN Inanam

  1. Datuk Johny Goh (BN)
  2. Kenny Chua Teck Ho (PKR)
  3. John Stephen Dionysius (SAPP)
  4. Terence Tsen Kim Fatt (Parti Kerjasama Anak Negeri)
  5. Datuk Jakariah Janit (Parti Kebangsaan Sabah)
  6. Situl Mintow (Bebas)

Senarai calon kerusi DUN Karambunai

  1. Datuk Jainab Ahmad Ayid (BN)
  2. Azhar Matussin (Warisan)
  3. Ahsim @ Oyok Jamat (SAPP)
  4. Aspar Oyer @ Akbar (Pas)