Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berkata, usaha tersebut dijangka direalisasikan selepas penyedia kemudahan tersebut iaitu syarikat telekomunikasi dari China, Huawei Technologies Co. Ltd. (Huawei) berminat untuk melihat fasiliti di perputakaan berkenaan.

“Saya telah jemput pihak Huawei untuk datang melihat sendiri sama ada mereka boleh bantu kita untuk beri sokongan selepas mendengar sendiri taklimat berhubung tekonologi baharu 5G yang canggih dan moden itu.

“Ini sebagai satu usaha untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi sentiasa berkembang pada setiap masa,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan kejayaan pereka perpustakaan itu, arkitek Tan Bee Eu yang menerima Anugerah Emas bagi kategori pengubahsuaian dan penambahan pada Anugerah Pertubuhan Ariketk Malaysia (PAM) 2019 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, pihaknya melihat sumbangan daripada pihak swasta akan membantu kerajaan dalam penyediaan kelengkapan dan teknologi kepada institusinya.

“Sekiranya mereka (Huawei) boleh bantu, maka ini akan menjadi projek perintis dan kalau berjaya ia boleh digunakan di tempat-tempat lain.

“Pihak Huawei dijangka datang dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi bagi melihat bagaimana mereka boleh beri sumbangan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, konsep perpustakaan digital tanpa buku itu akan diperluas ke Kedah apabila sebuah perpustakaan digital dijangka dibina di negeri itu tidak lama lagi. - K! ONLINE