Majlis itu diadakan bagi menghargai jasa Zaidah yang telah banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat sebagai AJK PIBG sekolah tersebut selama dua penggal sejak sesi 2017.

Menurutnya, khidmat dalam persatuan itu terpaksa ditamatkan kerana mengikut suaminya yang yang bertukar lokasi tempat kerja di Ipoh, Perak.